Tentu anda sudah membaca laporan perasmian blog ini di sekolah kami. Sekiranya anda sedar, kami telah menggunakan partisyen sebagai perasmian baginya. Kami telah berfikir dan mendapati bahawa partisyen tersebut masih lagi luas untuk ditandatangani. Akhirnya, kami memutuskan untuk memenuhkan terus kain partisyen tersebut dengan tandatangan warga seri ampang.
.jpg)
Salah seorang pelajar menurunkan tandatangan
Kami semua bergerak dari kelas ke kelas untuk mengumpul tandatangan ini. Melalui aktiviti inilah kesedaran warga smksa dapat ditonjolkan bagi menyelamatkan orang utan yang semakin pupus.
.jpg)
Mereka semua berebut-rebut untuk tandatangan
Aktiviti ini bertambah menarik apabila para pelajar mula berebut-rebut untuk menurunkan tandatangan. Mereka juga menyatakan sokongan sepanjang masa kepada kami untuk menyelamatkan orang utan.
.jpg)
Guru turut sempat menyertai aktiviti ini
.jpg)
Ruang partisyen hampir penuh
.jpg)
Senyum sokmo salah seorang pelajar apabila gambarnya diambil





















0 comments:
Post a Comment