Pencegahan

| |

HENTIKAN KEPUPUSAN ORANG UTAN

Yang hilang tidak akan kembali, hargailah orang utan sepanjang masa kerana mereka kini semakin pupus, MANUSIA merupakan musuh mereka !!! Oleh itu, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan :


Langkah pencegahan boleh diambil dengan...

1) JANGAN MEMBURU MEREKA



Orang utan sering melarikan diri mereka kerana takut kepada pemburu haram


Apa yang telah berlaku ini...

2) JANGAN MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA DI KAWASAN HUTAN


Lihat sahajalah apa yang manusia telah lakukan


Fakta : Kebanyakkan anak orang utan mati akibat tertelan bahan buangan seperti sampah ataupun sisa bekas makanan, sudah pasti anda dapat meneka siapa yang sanggup berbuat demikian !



2) HENTIKAN PEMBALAKKAN HARAM



" HENTIKKAN PEMBALAKKAN HARAM SEGERA, KERANA HABITAT ORANG UTAN SEMAKIN TERANCAM "


Tiada tempat di hutan lagi


3) SOKONG RANCANGAN "SELAMATKAN BUMI KITA"

Percaya atau tidak, iklim yang semakin tidak stabil pada masa kini turut memberi kesan kepada orang utan. Orang utan tidak mampu hidup di hutan sekirannya suhu bumi terlalu panas apatah lagi suhu yang selalu berubah-ubah. "SELAMATKAN BUMI KITA" merupakan salah satu aktiviti yang tidak langsung membantu menangani masalah kepupusan orang utan.


4) KURANGKAN PEMBUKAAN LADANG KELAPA SAWIT

Pembukaan ladang kelapa sawit telah memberi kesan yang mendalam kepada orang utan. Habitat mereka dirampas dan mereka seperti dihalau keluar daripada rumah sendiri. Bukan itu sahaja, orang utan turut dibunuh untuk membuka ladang yang baru.


Bantulah Orang Utan


4) SERTAI WWF ( WORLD WILDLIFE FUND )
Jadilah sukarelawan di WWF kerana anda dapat menyumbang bakti untuk melindungi binatang yang hampir pupus terutamanya orang utan. Anda turut boleh menyumbang dana kepada WWF, ini dapat memudahkan kerja-kerja pemuliharaan haiwan-haiwan yang terancam.



MASA SEMAKIN BERLALU,
SEMPATKAH ORANG UTAN DISELAMATKAN ?

0 comments:

Post a Comment