Tak Kenal Maka
Tak Cinta
Semasa lawatan kami ke zoo, diri ini telah jatuh cinta. Ia adalah cerita cinta pandang pertama yang cliche. Sewaktu kami berjalan melintasi si dia, ternampak pula dia memandangku. Terasa malu, saya membalas senyuman. Kemudian, si dia berjalan ke arahku dengan gayanya yang malas sambil meletakkan lengan berbulu coklat ke-orenan ke atasku.
Walaupun bukan manusia, tetapi kehangatan dan cintanya tiada sempadan. Anda tahu apa yang saya maksudkan ? Ia sangat menakjubkan.....
Orang Utan tidak berekor dan mempunyai telinga dan hidung yang kecil. Bulunya panjang, lembut dan berwarna keperangan. Bulu keningnya tidak begitu mudah dilihat manakala tulang mulut dan dagunya menonjol keluar. Kepalanya pula berbentuk bujur dan matanya bersaiz kecil.
Orang utan mempunyai lengan yang panjang dan kuat.Bagi Orang Utan jantan, purata ukuran panjang kepala dan badan adalah lebih kurang 96cm (38.4 inci) ketinggian 137cm(54.8 inci) dan berat 75kg (165 lbs). Purata ketinggian Orang Utan betina adalah 80 - 85% daripada Orang Hutan jantan dan beratnya adalah 50% lebih ringan.
Orang Utan hidup dengan memakan buah-buahan, terutamanya buah pokok ara serta daun-daun, kulit kayu, pucuk dan bunga. Orang Utan sentiasa hidup di atas pokok dan jarang turun ke tanah. Orang Hutan hidup bersendirian di mana hanya ibu dan anak saja yang mempunyai hubungan yang kekal. Orang Utan jantan hidup bersendirian dan hanya akan berduaan dengan Orang Utan betina pada musim mengawan.
Orang Utan hidup dengan memakan buah-buahan, terutamanya buah pokok ara serta daun-daun, kulit kayu, pucuk dan bunga. Orang Utan sentiasa hidup di atas pokok dan jarang turun ke tanah. Orang Hutan hidup bersendirian di mana hanya ibu dan anak saja yang mempunyai hubungan yang kekal. Orang Utan jantan hidup bersendirian dan hanya akan berduaan dengan Orang Utan betina pada musim mengawan.
Pergaduhan jarang berlaku di antara Orang Utan jantan dan mereka jarang memonopoli kawasan kawalan. Jangka masa mengandung adalah dari 233-263 hari dan anaknya akan disusu selama beberapa tahun. Orang Utan boleh di dapati di Borneo dan Sumatra dan tinggal di kawasan hutan tropika.
PROFILE ORANG UTAN :
Jenis: Animalia
Kelas: Mammalia
Keluarga: Hominidae
Genus: Pongo
Jenis Speises: Pongo pygmaeus
Tinggi (Jantan): 175 cm (5 ft 9 in)
Berat(jantan): 118 kg (260 lbs)
Tinggi (Betina): 127 cm (4 ft 2 in)
Berat (Betina): 45 kg (100 lbs)
Warna: Merah Gelap
Habitat: Hutan Hujan Tropika Di Sumatera
Pemakanan: Buah-buahan, Serangga ataupun daun
Umur: 35 hingga 40 tahun
Umur matang: 8 tahun
Bunting: 8 hingga 9 bulan
Ingin melihat bagaimana anak orang utan dijaga oleh manusia ?
Click aje pada video di bawah ini
Click aje pada video di bawah ini
Anda Ingin Melihat Orang Utan
Secara live Menerusi Mata Anda ?
Pergilah ke tempat-tempat berikut :
Secara live Menerusi Mata Anda ?
Pergilah ke tempat-tempat berikut :
+ - ZOO NEGARA - +
Zoo Negara
Hulu Kelang
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan
Naik (LRT) :
- Alight at Wangsa Maju Station, Kelana Jaya Line
- Board a taxi to Zoo Negara
Naik Bas pun boleh :
- Metrobus no 16 dari Central Market, KL
- Rapid KL no U34 dari Putra LRT Station, Wangsamaju, KL
- Rapid KL no U23 dari Titiwangsa Station, KL
Hubungi :
+603-41083422/7/8
+ - SEPILOK - +
ALAMAT :
Batu 14, Jalan Labuk Sandakan Sabah
WDT200, 9009 Sandakan Sabah
Tel : 6 089 531180
Fax : 6 089 531189
Email : soutan@po.jaring.my
Webpage : http://www.sabah.gov.my/jhl/























0 comments:
Post a Comment