Tentu anda tertanya-tanya, apa kena-mengena air terjun dengan aktiviti selamatkan orang utan? Sebenarnya konsep untuk menyelamatkan air terjun sama sahaja dengan cara untuk menyelamatkan orang utan. Persekitaran air terjun yang menyamai kawasan hutan dipercayai mampu mendidik orang awam supaya menjaga kawasan persekitaran tersebut. Kesempatan ini sebenarnya telah diberikan kepada kami oleh badan-badan swasta untuk menyertai Aktiviti "Save Our Waterfall" di Kanching, Selangor.

Banner Perasmian
Aktiviti ini telah disertai oleh 40 orang pelajar dari pelbagai tingkatan. Melalui aktiviti ini, kami percaya para pelajar akan dipupuk sikap cintakan alam ciptaan tuhan. Aktiviti ini turut mendidik orang ramai supaya mencintai alam sekitar dengan cara memeliharanya daripada tercemar.

Air Tenjun Kanching
Kami bergerak pergi ke sana pada seawal pukul 7.00 pagi. Setiba saja di sana, kami didaftarkan oleh cikgu dan diberikan minuman serta makanan dan baju sebelum memulakan aktiviti. Rombongan sekolah kami diketuai oleh Izzul selaku pengerusi Kelab Pencinta Alam sekolah.

Hamid yang penuh keriangan
Kami semua turut berseronok kerana aktiviti ini sangat memerlukan kerjasama antara satu sama lain. Kami sempat berkerjasama dengan pihak swasta yang lain bagi mebersihkan kawasan hutan yang kotor akibat pencemaran yang dilakukan oleh manusia bak kata perpatah
" Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh "
Izzul berhenti sebentar kerana penat menaiki tangga
Air terjun Kanching merupakan tempat yang sangat menyeronokkan. Di sana, terdapat pelbagai perkara yang sangat menakjubkan terutamanya airnya yang sangat jernih. Malangnya, ia sudah hampir dicemari manusia. 85% kawasan di sana dipenuhi sampah sarap yang berlonggok tetapi kami berjaya membersihkanya dalam masa sehari sahaja.

Peace bermaksud keamanan
Habisnya aktiviti tersebut, kami semua bersalam-salaman dengan penganjur dan berasa sangat gembira kerana mengenali satu sama lain. Sekolah kami turut dipuji kerana menunjukkan sikap cintakan alam sekitar. Kami turut sempat mengambil masa untuk bermandi-manda di sana.

Baju yang diberikan tetap menjadi kenangan sampai bila-bila





















0 comments:
Post a Comment