Kempen Kesedaran

| |



Sebagai langkah pertama untuk menjayakan kempen ini, Kami telah mengatur satu rancangan yang dinamik di mana untuk memastikan setiap pelajar mengetahui masalah orang utan. Kami telah mengadakan kempen kesedaran orang utan dari kelas ke kelas. Ini semestinya dapat memberi pelajar pendedahan terhadap kepupusan orang utan yang semakin -menjadi-jadi.

Hampir 25 buah kelas telah kami kunjungi untuk memberi sedikit informasi mengenai orang utan. Seramai 775 orang pelajar telah mendengar segala apa yang kami cuba sampaikan.

Hamid sedang sibuk berkata-kata mengenai kepupusan orang utan di kelas tingkatan 5

Di dalam kempen itu, kami bercerita secara terperinci mengenai kepupusan orang utan, kemusnahan habitat mereka dan pemburuan mereka. Ternyata usaha kami tidak sia-sia apabila semua pelajar menunjukkan minat yang mendalam. Di situ juga, kami menerangkan mengenai blog yang kami wujudkan supaya mereka dapat mengetahui maklumat lanjut mengenai orang utan ini.

Kami sempat membuat kempen di dalam bilik mesyuarat


Kempen di dewan terbuka


Minat yang mendalam telah ditunjukkan oleh para pelajar yang mendengar


Pada mulanya, kami semua bercadang untuk membuat kempen sewaktu di perhimpunan rasmi akan tetapi terpaksa dibatalkan kerana cara tersebut belum tentu dapat memastikan kesemua warga sekolah melihat dan mendengar apa yang kami cuba sampaikan.

Akhirnya, kempen kelas ke kelas telah berjaya dilakukan bagi memastikan semua warga SMKSA sedar mengenai penjagaan orang utan sebelum mereka pupus pada masa yang akan datang. Para pelajar dan guru juga menunjukkan respon yang positif dengan menyokong projek orang utan kami dari belakang. Terima Kasih


OBJEKTIF :

- Ingin memberikan pelajar pendedahan mengenai isu orang utan yang semakin serius
- Inginkan pelajar sedar mengenai kepentingan pemuliharaan fauna daripada kepupusan

KESAN :

- Pelajar menunjukkan perasaan ingin tahu
- Pelajar mula sedar masalah yang orang utan hadapi kini


0 comments:

Post a Comment