Melukis.....
Sebenarnya susah juga ingin melukis kerana ia memerlukan daya imaginasi yang tinggi. Namun begitu, pertandingan melukis tetap menjadi salah satu aktiviti kami. Kami percaya melalui aktiviti ini, pelajar dapat menunjukkan kreativiti masing-masing di samping menyertai kempen orang utan kami.
Pada mulanya kami semua telah berusaha untuk mencari g ambar orang utan di internet atau mana-mana media massa yang lain untuk dijadikan lukisan permulaan. Ternyata nasib menyebelahi kami apabila kami menjumpai lukisan orang utan yang sangat menarik. Lukisan tersebut sesuai dengan tema kami iatu " Kongsi Kasih Sayang Anda ".

Hanafi menunjukkan lukisan yang diambil di internet
Kami memberikan mereka sehelai kertas yang telah tersedia gambar seekor orang utan tanpa latar . Jadi , mereka dikehendaki melengkapkan latar tersebut dengan sebarang jenis bentuk , perkataan , lukisan dan lain-lain .
Untuk menyertai pertandingan melukis ini, pelajar hanya perlu menghantar nama sahaja. Selepas itu mereka akan dikumpulkan di suatu tempat di mana mereka boleh melukis dengan tenang.

Peserta pertandingan ini ditempatkan di studio

Hanafi dan Izzul turut memasuki pertandingan ini
Lukisan yang memenangi pertandingan akan di dalam blog ini untuk dipamerkan. Hadiah juga akan diberikan kepada pemenang pertama, kedua dan ketiga. Bagi yang kalah pula, mereka menerima sagu hati sahaja

Begitu tekun sampaikan melukis memerlukan pembaris

Begitu tekun sampaikan melukis memerlukan pembaris
Kami menamakan ini sebagai pertandingan melukis kerana para peserta tidak di galakkan untuk mewarna lukisan mereka . Hal ini kerana masa yang diberikan hanyalah selama 40 minit .
Pertandingan berlangsung di Studio melukis sekolah dan dalam kelas . Para pelajar di minta membawa peralatan sendiri kerana kami tidak mampu menyediakannya …huhuhu ….. Semasa pertandingan berlangsung , kami memerhati…… Ada yang tekun melukis , ada yang bergurau senda tetapi kami membiarkannya kerana pertandingan ini bukanlah kami mahu sebagai sesuatu yang memberi tekanan ……yeah
Pertandingan berakhir dan kami memperoleh pemenangnya iaitu :
Nursalam Bin Akhbaruddin
Nursalam Bin Akhbaruddin
Objektif: Memupuk rasa prihatin terhadap keperluan orang utan .
Mengasah bakat melukis para pelajar..
Kesan : Para pelajar bertanya kepada kami bila akan diadakan pertandingan lagi (ghairah)






















0 comments:
Post a Comment