Perasmian Blog Ini

| |



Pada hari terakhir sebelum cuti pertengahan penggal ke-2 , kami mengambil peluang perhimpunan untuk mengadakan kempen besar-besaran . Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Yassin , seterusnya ceramah kesihatan daripada pihak luar , kemudian majlis MOU (pertukaran/penyerahan jawatan pengawas dan pustakawan) dan akhirnya giliran kami

Hamid (Hos) mengenakan blazer agar kelihatan segak dan mendapat impression yang baik daripada semua warga sekolah . Kemunculannya mendapat tepukan dan sorakan yang gemuruh dalam kalangan pelajaar . Hamid memulakan kempen ini tepat jam 9.30 pagi waktu Malaysia …hehehe ….. Beliau (hamid) memulakan ucapan dengan kata-kata aluan kepada para guru dan rakan-rakan .



Hamid sedang menerangkan mengenai isu orang utan

Pada awalnya , Hamid berbicara tentang asal usul program ini . Seterusnya memperkenalkan ahli kumpulan ini iaitu kami . Ucapan diteruskan dengan menjelaskan mengenai pihak penganjur iaitu TV9 , BOH , WWF , dan Kementerian Pelajaran .

Hamid masuk ke tajuk utama iaitu orang utan . Hamid menyatakan ciri-ciri mereka (orang utan) , kelebihan mereka , dan keadaan mereka pada zaman sekarang. Seterusnya, hamid menerangkan sebab-sebab orang utan semakin terancam dan cara-cara memelihara orang utan.




Dr.Ros dan Tuan Haji Azwar telah merasmikan blog kami dengan menurunkan tandatangan di partisyen yang kami sediakan di atas pentas



Pihak Pentadbir sekolah dan para pelajar sedang leka melihat slideshow yang dipersembahkan

Semasa Hamid berbicara , visual slide yang disediakan oleh Hanafi dipaparkan agar para guru dan pelajar jelas akan apa yang dikatakannya.

Setelah selesai kempen, Hamid mejemput Penolong Kanan satu, Dr. Ros dan Penolong Kanan Hem Tuan Hj Anuar untuk menandatangangi bennar yang kami sediakan sebagai tanda setuju menyokong aktiviti kami.





Setelah itu, waktu paparan klip video yang disediakan oleh Izzul Haziq dimainkan. Ianya berkenaan orang utan yang menunjukkan bakat-bakat mereka. Tayangan tersebut mendapat tepukan dan sorakan yang gemuruh.

Kempen berakhir setelah Hamid mempromosikan laman blog kami.


OBJEKTIF:

- Menyediakan warga sekolah dengan pengetahuan tentang haiwan yang terancam ini

- Menanamkan perasaan kasih terhadap orang utan .

KESAN :

- Para guru dan pelajar memuji hasil kerja kami dan menyatakan sokongan mereka


0 comments:

Post a Comment