KEMPEN KESEDARAN DI S.M.K Agama K.L

| |

Sambil Menyelam,
Minum air.


Baru-baru ini, Kami (Izzul dan Hanafi sahaja) berpeluang berkunjung ke SMK Agama Kuala Lumpur bagi menghadiri kursus matapelajaran Kimia. Jadi, kami telah terfikir untuk menjalankan kempen di sana. Persiapan telah diatur sejak dari awal lagi, kami membawa brochure orang utan yang diberi oleh pihak tv9 dan juga beberapa poster kesedaran. Terdapat lebih kurang 300 pelajar dari pelbagai sekolah sekitar kuala lumpur yang hadir pada hari itu.

Kami memulakan kempen kesedaran ini selepas kursus tersebut tamat. Pada mulanya, kami berasa malu kerana tidak mengenali individu di sana apatah lagi sekolah yang mereka wakili. Oleh itu, kami beranikan diri untuk bertegur dan menyampaikan risalah kepada orang ramai.


Hanafi sedang meletakkan risalah di dalam sudut maklumat, kami berharap para pelajar akan membaca mengenai isu kepupusan orang utan.


Izzul berusaha mengagih-agihkan risalah kepada pelajar yang lain


Kursus yang kami hadiri memakan masa lebih kurang 9 jam. Kursus tersebut tamat lebih kurang pukul 4.00 petang. Walaupun badan berasa letih tetapi kami tetap cuba untuk menjalankan kempen di sekolah tersebut.

Kami percaya bahawa tidak cukup sekiranya hanya berkempen di sekolah sendiri sahaja, kerana itulah kami merasakan kursus ini merupakan waktu keemasan untuk menyampaikan isu mengenai orang utan.


Kami turut sempat memberikan risalah orang utan kepada salah seorang fasilitator kursus pada petang itu

Semasa menyebarkan brosher berkenaan , kami menyedari beberapa orang pelajar memerhati gelagat kami . Kemudian , kami menegur mereka .(haiiiiii)

Izzul menunjukkan contoh risalah yang kami berikan



Hanafi sempat bergambar di sekolah tersebut untuk kenang-kenangan


Izzul turut sempat memberikan risalah kepada salah seorang penceramah di sana. Pada mulanya penceramah tersebut terkejut kerana tidak percaya apa yang kami katakan malah berfikir kami hanya main-main sahaja, setelah diterangkan apa maksud sebenar kami serta memberikan risalah orang utan barulah penceramah tersebut percaya.

Dia turut kagum terhadap kami kerana bukan semua mampu untuk membuat kempen orang utan apatah lagi seorang pelajar. Akhirnya, kami balik semula ke SMKSA dengan hati yang gembira kerana kempen di SMK Agama tersebut berjalan lancar


OBJEKTIF :

- Ingin menyedarkan pelajar dan guru mengenai masalah yang orang utan hadapi
- Ingin menggunakan masa keemasan di kursus tersebut bagi berkempen selamatkan orang utan

KESAN :

- Mendapat kenalan baru dari pelbagai sekolah
- Ramai pelajar menunjukkan rasa minat kerana penyampaian kami yang menarik







0 comments:

Post a Comment