MENAMPAL POSTER

| |



Untuk memastikan pelajar sekolah kami sentiasa peka terhadap isu orang utan ini, Hanafi telah mencadangkan supaya menampal poster orang utan di sekitar kawasan persekolahan. Kawasan yang ditampal poster merupakan kawasan yang paling kerap dilalui pelajar dan guru-guru. Poster menjadi pilihan kerana ia mampu menarik minat warga sekolah untuk membaca sambil melihat gambar yang dipaparkan.

Hanafi dan Izzul bergegas mendapatkan poster yang diberikan setelah kami mengklonkan ia sebanyak 6 helai .



Hanafi sedang pening untuk mencari kawasan bagi menampal poster

Di alam poster tersebut menunjukkan kepentingan menangani masalah orang utan dan apa langkah yang perlu diambil. Diharapkan poster tersebut dapat memberikan sedikit kefahaman mengenai orang utan kepada para pelajar.



Sudut pencinta alam turut menjadi lokasi untuk ditampal poster

Semasa menampal poster , kami ditegur oleh dua orang guru bertanyakan apa yang kami lakukan . Kami menjelaskan tentang aktiviti kami dan program ini . Guru tersebut tersenyum mesra dan memberi sedikit kata-kata semangat kepada kami .



Poster perlulah ditampal tinggi supaya mesej yang disampaikan dapat dibaca oleh semua pelajar dan guru


OBJEKTIF :

- Ingin pelajar sentiasa peka mengenai isu orang utan sepanjang masa
- Mahu pelajar sedari orang utan sentiasa berada dalam kesusahan

KESAN :

- Pelajar dan guru sentiasa melihat poster tersebut dan membacanya
- Mereka peka terhadap isu orang utan

0 comments:

Post a Comment