Por: izzul
|
|
Akhirnya mini kuiz yang telah dirancang lama dahulu telah berjaya dilaksanakan. Kuiz ini sememangnya dapat menguji sejauh mana kesedaran pelajar terhadap isu orang utan. Tentu anda masih ingat pada kempen kesedaran yang dijalankan dari kelas ke kelas, oleh kerana itulah kami mengadakan kuiz dan soalan kami berdasarkan segala apa yang disampaikan sewaktu kempen tersebut.
Hanafi sedang mengusik pelajar tingkatan 2
Hamid dan izzul sedang membaca soalanPada awalnya mereka berasa serba salah atau sesuatu seperti itu kerana ia secara mengejut . Namun , setelah menjelaskan pada mereka bahawa mereka yang berjaya menjawab soalan akan diberikan hadiah . beberapa pelajar mula menunjukkan minat . Selepas seorang , makin ramai yang ingin mencuba . Sambutan dan reaksi di setiap kelas semakin bertambah dan terus bertambah . Ramai yang mengangkat tangan setinggi-tingginya agar kami memilih mereka untuk menjawab .
Antara soalan-soalan tersebut adalah seperti :
# Orang utan tergolong dalam haiwan kelas apa ???
#Orang utan merupakan haiwan yang bertulang belakang yang dipanggil ……..?
# Orang utan adalah makhluk yang memakan ……&……. Yang dipanggil …….?
# Makanan kegemaran orang utan ????
# Orang utan betina bunting dan melahirkan dalam lingkungan usia ………?
# Panjang maksimum depa tangan haiwan berkenaan adalah sepanjang …..???
# Habitat orang utan……??
# Punca-punca orang utan semakin terancam…..???
# Cara-cara mengatasi keterancaman orang utan …..
Masing-masing berebut untuk menjawab soalan
Izzul sempat memberikan sedikit klu untuk menjawab soalan yang susah]
Kami menyampaikan hadiah yang tak seberapa kepada mereka yang berjaya menjawab soalan berikut . Seterusnya kami bergegas ke tingkan 2 & tingkatan 1 dan seterusnya . Sambutan yang diperoleh amat menggalakkan
Yang menang dapat hadiah....Hooreyy
Objektif : Menarik minat para pelajar memahami orang utan. Menambahkan ilmu pengetahuan mengenai haiwan terancam ini .
Kesan : Semasa berjalan dihadapan kami , mereka (para pelajar) berbual mengenai orang utan bagaikan memerli kami . Tetapi , kami berpendapat bahawa segala aktivi yang kami lakukan ada meninggalkan kesan kepada mereka .
0 comments:
Post a Comment